Monday, August 15, 2016

Jom kita lihat homestay kami.





Kami ada sebuah rumah dengan dua bilik tidur dan dua bilik air yang boleh memuatkan sehingga 10 orang penginap. 

Simpang masuk ke Fauziz Homestay di Jalan Besar. 
Bangunan Homestay & chalet kami. 



Ruang legarnya cukup luas dan sesuai 
untuk makan-makan, BBQ atau 
hanya untuk relaks bersantai.

Ini pintu masuk ke Homestay. 
Ada lima anak tangga yang landai
Ruang tamu di dalam homestay kami.

Terdapat dua bilik tidur dengan dua bilik
air di 
dalam homestay. Setiap bilik
terdapat 
satu katil saiz Queen dan satu
lagi 
saiz single 





KEMUDAHAN MEMASAK

Bagi mereka yang gemar memasak, kami sediakan dapur di luar rumah. Bolehlah tuan puan menikmati masakan sayur segar dari ladang di Cameron Highlands, ya kan? 


Sayur segar boleh didapati dari kebun atau di pasar berdekatan. Kami sediakan peralatan asas memasak. Tak perlu bawa periuk nasi elektrik,  dan apa bagai. Nak jadikan sayur segar tu sebagai ulaman pun boleh. Kami ada sediakan lesung batu nya sekali, kut-kut tuan nak menumbuk cili jadikan sambal 🍓 resipi tuan sendiri , kann! ☺ 




Dapur (baru) dan BBQ ini khusus untuk penyewa homestay sahaja. Penginap chalet tak merasa, Okay. Famili dan kawan-kawan tuan/ puan pastinya gembira dapat menikmati hidangan lauk bakar yang enak. Bakar jagung dan ubi keledek madu pun sedap. Dapat juga berdiang api BBQ di kesejukan malam di Cameron Highlands. 



Kadar sewa bagi homestay dua bilik kami ialah RM280.00 semalam, dan ia adalah tetap sepanjang tahun. Dalam kampung kami, kadar harga tersebut (masih)  paling rendah. 


Sentuh untuk 👆 whatsapp 

Telefon atau SMS saya di 0174977811 dan berikan maklumat berikut :


Nama :
Lokasi :
Tarikh masuk :
Tarikh keluar :
Bilangan penginap?
Dewasa :
Kanak-kanak (2-12 tahun) :
Bayi (<2 tahun) :



Homestay boleh memuatkan maksima  10 orang penginap sahaja. Jika tuan datang dalam rombongan yang lebih besar, kami ada dua buah chalet lagi yang boleh tuan sewa dengan harga yang sangat berpatutan. Tak cukup juga? Aszi Chalet ada di sebelah. 

<<<<<Kembali ke laman utama

No comments:

Post a Comment