![]() |
Penginapan yang bersih, selesa & nyaman |
FAUZIZ HOMESTAY & CHALETS
CAMERON HIGHLANDS
![]() |
Selamat Datang |
Assalamualaikum tuan puan yang dirahmati Allah.
Saya Azmi, seorang anak kelahiran Cameron Highlands. Saya ingin memperkenalkan homestay kami kepada tuan dan puan yang mungkin pada ketika ini sedang merancang percutian bersama keluarga tersayang di Cameron Highlands.
FAUZIZ HOMESTAY terletak di Kg. Taman Sedia iaitu satu-satunya perkampungan Melayu di tanah tinggi ini. Kampung ini letaknya lebih kurang 1km dari Tanah Rata, bandar utama di sini. Di bawah ini gambar-gambar homestay kami.
![]() |
Kami menyediakan ruang parkir yang mencukupi untuk penginap di homestay dan chalet kami. Fauziz Homestay terletak di tengah, Fauziz Chalet di kiri dan Aszi Chalet di kanan sekali. |
![]() |
Tanpa bunga, bukan Cameron Highlands namanya. |
![]() |
Bunga Blue African Lily sedang berkembang di Fauziz Homestay bila tiba musimnya. |
![]() |
Nikmati keindahan alam ketika fajar menyinsing di homestay kami. Pasti rasa sejuk, segar dan nyaman saja. |
![]() |
Pemandangan kawasan kampung ini mula diliputi kabus . Di bawah bukit sana terdapat banyak kebun strawberi. Boleh pekena 'scones' dengan 'homemade' strawberry jam & ice cream yang enak. |
Kami ada sebuah rumah dengan dua bilik tidur dan dua bilik air yang boleh memuatkan sehingga 10 orang dewasa.
![]() |
Tangga dan pintu masuk ke homestay |
![]() |
![]() |
Terdapat dua bilik tidur dengan dua bilik air di dalam homestay.
Setiap bilik terdapat satu katil saiz Queen dan satu lagi saiz single.
|
KEMUDAHAN MEMASAK
Bagi mereka yang gemar memasak, kami ada sediakan dapur dan BBQ di luar rumah. Bila lagi nak menikmati masakan sayur yang terasa manis lagi segar kalau tidak semasa tuan berada di Cameron Highlands, ya kan?
Sayur segar boleh didapati dari kebun atau di pasar berdekatan. Semua kelengkapan memasak disediakan. Kami dah sediakan peralatan asas memasak. Tak perlu bawa periuk nasi elektrik dsb. Nak buat sambal, lesung batu pun ada disediakan. Blender pun ada juga, bagi mereka yang belum biasa dengan memasak cara lama. Tuan puan perlu bawa bahan untuk memasak saje.
Pasti famili atau kawan-kawan tuan/ puan gembira dapat menikmati hidangan yang siap dibakar, sambil berdiang api BBQ di kesejukan malam di Cameron Highlands. Dapur & BBQ disediakan untuk kegunaan penginap homestay sahaja.
CHALET
FAUZIZ CHALET terletak bersebelahan dengan homestay. Ada dua buah bilik chalet yang kami sediakan.

BILIK IRAU
Bilik ini boleh memuatkan empat orang dewasa. Terdapat dua katil saiz Queen di dalamnya. Ada bilik air yang bersih dilengkapi dengan pemanas air.

Kadar sewa bagi bilik chalet IRAU kami ialah RM180.00 semalam, dan ia adalah tetap sepanjang tahun. Wassap atau telefon saya sekarang untuk menempah: 0174977811 (Azmi)
BILIK BEREMBUN
Bilik dengan satu katil Queen ini boleh memuatkan 2 orang dewasa. Kami ada menyediakan tilam single tambahan jika tuan datang dengan keluarga.
Kadar sewa bagi bilik chalet BEREMBUN kami ialah RM160.00 semalam, dan ia adalah tetap sepanjang tahun. Wassap atau telefon saya sekarang untuk menempah: 0174977811 (Azmi)
Telefon, SMS atau Wassap je saya.
di 0174977811(Azmi) jika ada sebarang pertanyaan.
Di sebelah homestay kami ialah Aszi Chalet yang sudah terkenal di kalangan pengunjung ke Cameron Highlands.
Sekiranya tuan/ puan berhajat untuk mengadakan pertemuan kecil 'together- gether' (25 + pax) samada di kalangan ahli keluarga (family gathering), rakan sekerja atau rakan lama sekolah (mini ReU), Fauziz Homestay dan Aszi Chalet boleh jadi venue terbaik bagi program mini tuan & puan. Hubungi kami segera.
Tuan boleh google atau lihat FB Aszi Chalet untuk maklumat lanjut
Cantik n selesa..
ReplyDeleteHarga pun berpatutan
Terima kasih Puan Robiah. Jemput lah ke homestay kami bila puan datang berkunjung ke Cameron Highlands lagi nanti.
Delete