Friday, February 18, 2022


Klik di atas gambar-gambar di bawah ini untuk melihat lokasi homestay & dapatkan maklumat lanjut mengenainya. Terima kasih.

1. 🏠 Anggerik Desa 019-3133756, 010-4035636 
(Bilik Chalet)

2. 🏠 Aiza Homestay 017-5871715, 019-7560991 
(Rumah & Bilik Chalet)

3. 🏠 Aszi Roomstay 017-2725107 
(Bilik Chalet)

4. 🏠 Azalea Fauziz Homestay & Chalets 017-4977811 
(Rumah & Bilik Chalet)

5. 🏠 Az Azalea Studio Homestay 011-10006391 
(Bilik Studio & Chalet)

6. 🏠 Begonia Uda Homestay 011-31521378 
(Rumah & Bilik Chalet)

7. 🏠 Bunga Raya Chalet 012-5380253, 012-2691734 
(Bilik Chalet)

8. 🏠 Dahlia Homestay & Chalet 013-2067102, 013-2048584, 
013-2211547 (Rumah & Bilik Chalet)

9. 🏠 De'Desa Homestay 017-5530806 
(Rumah & Bilik Chalet)

10.🏠 Ivy Homestay 019-5768480, 019-5797678, 019-2116284 
(Rumah & Bilik Chalet)

11.🏠 Lily Homestay 013-4186088, 012-5552822 
 (Rumah & Bilik Chalet)

12.🏠 Marina Chalet 012-3979618, 019-3355542 
(Rumah & Bilik Chalet)

13.🏠 Melati MZ Homestay 019-5480129 
(Rumah & Bilik Chalet)

14.🏠 Orkid Homestay 013-6358322, 013-5966859 
(Bilik Chalet)

15.🏠 Pfordten Cottage & Blue Cabins 017-8824887, 
012-2055274 (Rumah & Bilik Chalet)

16.🏠 Rose Chalet 019-5782044, 0125838060 
(Bilik Chalet)

17.⛺ The Backyard Glamping 01128841886 
(Khemah Mewah)

18.🏠 Tiny Boutique Habitat 016-2153244, 012-2183244 

Saturday, September 8, 2018

Tempah bilik and di sini.

Assalamualaikum.
Pengumuman.
Fauziz Homestay sudah ditukar nama nya kepada
AZALEA MUSLIM HOMESTAY


Nombor telefon tidak berubah.

Wednesday, November 9, 2016

Selamat Datang

Penginapan yang bersih, selesa dan nyaman 
untuk muslim di Cameron Highlands.

Assalamualaikum tuan & puan yang dirahmati Allah.  Saya Azmi, seorang anak kelahiran Cameron Highlands.  Insha Allah, saya ingin memperkenalkan homestay kami kepada tuan & puan yang mungkin pada ketika ini sedang merancang percutian bersama keluarga tersayang di Cameron Highlands.



LOKASI KAMI

FAUZIZ HOMESTAY terletak di Kg. Taman Sedia, iaitu satu-satunya perkampungan Melayu di sini. Kampung ini terletak di tengah-tengah kawasan lawatan di daerah pelancongan ini. 



Bersempadan di Utara kampung kami ialah sebuah padang golf.  Di sebelah Timur dan Selatannya pula ialah sebuah kawasan hutan simpan yang luas.

Di sebelah Barat kampung ini ialah jalan raya utama yang menghubungkan Tanah Rata dan Brinchang, dua bandar utama di tanah tinggi ini. 


Homestay kami terletak di atas bukit di Kg Taman Sedia Cameron Highlands. Ada jalan masuk terus dari jalan besar. 
  >>>>Terus  Lihat  Homestay. Tuan klik saja 👆  di sini >>>>

Homestay kami terletak berhampiran jalan raya utama di sini. 
Ini gambar Simpang masuk ke Homestay  
ikhsan Google Maps Street View. 

Lokasinya di tepi jalan raya utama. 
1.5km dari Tanah Rata dan 3.5km dari Brinchang. 


APA YANG KAMI TAWARKAN?

Kami menyediakan penginapan homestay dan juga chalet yang bersih, selesa dan nyaman khusus untuk keluarga muslim yang datang bermusafir ke sini. Homestay kami terletak di atas bukit, jadi pemandangan di sini sememangnya cantik dan suasananya persekitarannya sangat nyaman. 
Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar-gambar yang diambil di sekitar homestay kami. Enjoi!

Pemandangan kawasan homestay kami dari premis jiran.
Di belakang sana ialah hutan simpan dan kelihatan juga Gunung Berembun

Fauziz Homestay terletak di tengah, Fauziz Chalet di kiri dan Aszi Chalet di kanan sekali. Ruang parkir adalah terhad kepada penyewa Homestay dan chalet kami. 
Pemandangan Kg. Taman Sedia, yang indah,  dari Homestay. Kelihatan Gunung Brinchang dan Gunung Irau di belakang sana.  
Terdapat banyak kebun strawberi 🍓 di bawah bukit. Turun tangga, boleh ronda-ronda cari makan. 


Bunga Brugmansia atau Angel's Trumpet sedang berkembang bila tiba musimnya. 



Bunga kuchai bila closeup, cantik, nampak macam tulip lah pulak....Tanpa bunga, bukan Cameron Highlnds lah namanya.
Bunga Lady shoe atau Thunbergia ini tumbuh 
subur jadi hiasan di homestay kami.



Bunga Agaphantus (Blue African Lily) sedang
berkembang di Fauziz Homestay bila tiba musimnya.




Masha Allah. Keindahan alam ciptaan ilahi. 


Jambu Strawberi pun ada di sini.

Tanah lapang di bahagian bawah homestay kami ditanam dengan pokok pokok pisang khaki (persimmons)










ADA APA DI KAMPUNG TAMAN SEDIA?



Kampung ini bukan saja terletak di tengah-tengah kawasan lawatan di Cameron Highlands ini, ia juga mempunyai daya tarikan pelancongan nya sendiri.  Di kampung ini terdapat banyak kebun sayur & strawberi. KHM, YZ AGRO, Al Mahshoor, Abang 🍓, Opah dan Rose Chalet adalah di antara kebun strawberi 🍓 yang selalu jadi tumpuan pelancong. 


Tuan boleh menikmati  scones dengan 'strawberry jam. Sedap! Ice cream di sini pun enak. Semuanya 'homemade' dan diperbuat dari Strawberi segar, terus dari ladang.



Ada juga jem, jus, acar, sambal dan pelbagai hasilan strawberi untuk dibawa pulang. 




Terdapat beberapa restoran dan kiosk makanan. Sebelah pagi ada menu istimewa -- nasi lemak sambal strawberi di samping menu enak lain di Restoran Abang Stawberi

Pada sebelah malam pula anda boleh nikmati hidangan steamboat & grill yang enak di Restoran De Bamboo milik seorang anak kelahiran kampung ini.




Telefon, SMS atau Wassap je saya. 
di 0174977811(Azmi) jika ada sebarang pertanyaan. 

Sila lawat dan like FB page kami:

Monday, August 15, 2016

Jom tinjau chalet kami.

FAUZIZ CHALET ialah bangunan log cabin yang terletak di sebelah homestay. Ada dua buah bilik chalet yang disediakan. 
ASZI CHALET pula ada tiga bilik yang boleh tuan sewa.




FAUZIZ CHALET ada dua:

  • Bilik Irau (1 katil Queen dan 1 katil single) boleh memuatkan 3 dewasa.
  • Bilik Berembun (2 ruangan tempat tidur x 1 katil Queen) boleh memuatkan 4 penginap dewasa.


ASZI CHALET  ada 3 bilik
  • Bilik Avocado (2 katil Queen) boleh memuatkan 4 dewasa.
  • Bilik Strawberi (2 katil Queen) boleh memuatkan 4 dewasa.
  • Bilik Markisa (1 Q 1 S) boleh memuatkan 3 dewasa.

BILIK IRAU

Bilik Irau ini boleh memuatkan tiga orang dewasa. Terdapat sebuah katil saiz Queen dan sebuah katil single di dalamnya.  Ada bilik air yang bersih dilengkapi dengan pemanas air.






Chalet Irau dengan sebuah katil Queen dan sebuah katil single.





Kadar sewa bagi bilik Chalet IRAU kami ialah RM180.00 semalam, 
ia tetap dan tidak berubah sepanjang tahun. 

Wassap atau telefon saya sekarang untuk menempah: 0174977811 (Azmi)



BILIK BEREMBUN

Bilik ini ada dua ruang tempat tidur dengan sebuah katil saiz Queen di setiap bilik. Ia boleh memuatkan 4 orang dewasa. Anak-anak boleh menginap di bilik yang berasingan. Ada sebuah bilik air yang bersih, lengkap dengan pemanas air. TV (Astro Njoi) pot air panas, seterika dan ironing board disediakan di bilik utama.
Bilik utama dengan 1 katil Queen

TV (dengan Astro Njoi), pot air panas, seterika dan ironing board disediakan
dalam bilik utama.



Ruang tidur kedua bilik Berembun ini mempunyai balkoni nya sendiri.


Kadar sewa bagi bilik Chalet BEREMBUN kami ialah RM220.00 semalam, dan adalah tetap sepanjang tahun. 

Wassap atau telefon saya sekarang untuk menempah: 0174977811 (Azmi)




Di sebelah homestay kami ialah Aszi Chalet yang sudah terkenal di kalangan pengunjung ke Cameron Highlands. 




Aszi Chalet dilihat dari Fauziz Chalet


Sekiranya tuan/ puan berhajat untuk mengadakan pertemuan kecil 'together- gether' (28 pax) samada di kalangan ahli keluarga (family gathering), rakan sekerja, atau rakan lama sekolah (mini ReU), Fauziz Homestay dan Aszi Chalet boleh jadi venue terbaik bagi program mini tuan & puan. Hubungi kami awal untuk menempah. 

Tuan boleh google atau lihat  FB Aszi Chalet untuk maklumat lanjut. Boleh juga hubungi terus pemiliknya Tuan Haji Assad di 017 2725107






Sila lawat dan like juga FB page kami:
Fauziz Homestay & Chalet Cameron Highlands

Telefon, 
SMS atau 
Wassap je saya Azmi 
di 0174977811
jika ada sebarang pertanyaan.

<<<<<Kembali ke laman utama