Monday, August 15, 2016

Jom kita lihat homestay kami.





Kami ada sebuah rumah dengan dua bilik tidur dan dua bilik air yang boleh memuatkan sehingga 10 orang penginap. 

Simpang masuk ke Fauziz Homestay di Jalan Besar. 
Bangunan Homestay & chalet kami. 



Ruang legarnya cukup luas dan sesuai 
untuk makan-makan, BBQ atau 
hanya untuk relaks bersantai.

Ini pintu masuk ke Homestay. 
Ada lima anak tangga yang landai
Ruang tamu di dalam homestay kami.

Terdapat dua bilik tidur dengan dua bilik
air di 
dalam homestay. Setiap bilik
terdapat 
satu katil saiz Queen dan satu
lagi 
saiz single 





KEMUDAHAN MEMASAK

Bagi mereka yang gemar memasak, kami sediakan dapur di luar rumah. Bolehlah tuan puan menikmati masakan sayur segar dari ladang di Cameron Highlands, ya kan? 


Sayur segar boleh didapati dari kebun atau di pasar berdekatan. Kami sediakan peralatan asas memasak. Tak perlu bawa periuk nasi elektrik,  dan apa bagai. Nak jadikan sayur segar tu sebagai ulaman pun boleh. Kami ada sediakan lesung batu nya sekali, kut-kut tuan nak menumbuk cili jadikan sambal 🍓 resipi tuan sendiri , kann! ☺ 




Dapur (baru) dan BBQ ini khusus untuk penyewa homestay sahaja. Penginap chalet tak merasa, Okay. Famili dan kawan-kawan tuan/ puan pastinya gembira dapat menikmati hidangan lauk bakar yang enak. Bakar jagung dan ubi keledek madu pun sedap. Dapat juga berdiang api BBQ di kesejukan malam di Cameron Highlands. 



Kadar sewa bagi homestay dua bilik kami ialah RM280.00 semalam, dan ia adalah tetap sepanjang tahun. Dalam kampung kami, kadar harga tersebut (masih)  paling rendah. 


Sentuh untuk 👆 whatsapp 

Telefon atau SMS saya di 0174977811 dan berikan maklumat berikut :


Nama :
Lokasi :
Tarikh masuk :
Tarikh keluar :
Bilangan penginap?
Dewasa :
Kanak-kanak (2-12 tahun) :
Bayi (<2 tahun) :



Homestay boleh memuatkan maksima  10 orang penginap sahaja. Jika tuan datang dalam rombongan yang lebih besar, kami ada dua buah chalet lagi yang boleh tuan sewa dengan harga yang sangat berpatutan. Tak cukup juga? Aszi Chalet ada di sebelah. 

<<<<<Kembali ke laman utama

Tuesday, May 17, 2016

Selamat Datang

Penginapan yang bersih, selesa & nyaman

FAUZIZ HOMESTAY & CHALETS

CAMERON HIGHLANDS
Selamat Datang

Assalamualaikum tuan puan yang dirahmati Allah.

Saya Azmi, seorang anak kelahiran Cameron Highlands. Saya ingin memperkenalkan homestay kami kepada tuan dan puan yang mungkin pada ketika ini sedang merancang percutian bersama keluarga tersayang di Cameron Highlands. 

FAUZIZ HOMESTAY terletak di Kg. Taman Sedia iaitu satu-satunya perkampungan Melayu di tanah tinggi ini. Kampung ini letaknya lebih kurang 1km dari Tanah Rata, bandar utama di sini.  Di bawah ini gambar-gambar homestay kami. 



 Kami menyediakan ruang parkir yang mencukupi untuk penginap di homestay dan chalet kami. Fauziz Homestay terletak di tengah, Fauziz Chalet di kiri dan Aszi Chalet di kanan sekali.



Kami menawarkan penginapan homestay dan juga chalet khusus bagi keluarga muslim yang datang bermusafir ke sini. Homestay kami terletak di atas bukit jadi pemandangan di sini sememangnya cantik dan suasananya nyaman.



Tanpa bunga, bukan Cameron Highlands namanya.
Bunga Blue African Lily sedang berkembang
di Fauziz Homestay bila tiba musimnya.
Nikmati keindahan alam ketika fajar menyinsing di 
homestay kami. Pasti rasa sejuk, segar dan nyaman saja.

Pemandangan kawasan kampung ini mula diliputi kabus . Di bawah bukit sana terdapat banyak kebun strawberi. Boleh pekena 'scones' dengan 'homemade' strawberry jam & ice cream yang enak.
Turun je ke bawah bukit tu dah boleh ronda ronda cari makan strawberi segar, terus dari ladang. Ada juga jem, jus, acar, sambal dan pelbagai hasilan strawberi untuk dibawa pulang.

Macam macam ada. Sebelah pagi ada menu istimewa -- nasi lemak sambal strawberi. Kalau nak cuba, ada di Restoran Abang Stawberi. Sebelah malam pula anda boleh nikmati steamboat enak di Restoran De Bamboo milik anak kelahiran kampung ini.


Homestay

Kami ada sebuah rumah dengan dua bilik tidur dan dua bilik air yang boleh memuatkan sehingga 10 orang dewasa. 

Tangga dan pintu masuk ke homestay




Ruang Tamu

Terdapat dua bilik tidur dengan dua bilik air di dalam homestay.
Setiap bilik terdapat satu katil saiz Queen dan satu lagi saiz single.





KEMUDAHAN MEMASAK

Bagi mereka yang gemar memasak, kami ada sediakan dapur dan BBQ di luar rumah. Bila lagi nak menikmati masakan sayur yang terasa manis lagi segar kalau tidak semasa tuan berada di Cameron Highlands, ya kan? 

Sayur segar boleh didapati dari kebun atau di pasar berdekatan. Semua kelengkapan memasak disediakan. Kami dah sediakan peralatan asas memasak. Tak perlu bawa periuk nasi elektrik dsb.  Nak buat sambal, lesung batu pun ada disediakan. Blender pun ada juga, bagi mereka yang belum biasa dengan memasak cara lama. Tuan puan perlu bawa bahan untuk memasak saje.


Pasti famili atau kawan-kawan tuan/ puan gembira dapat menikmati hidangan yang siap dibakar, sambil berdiang api BBQ di kesejukan malam di Cameron Highlands. Dapur & BBQ disediakan untuk kegunaan penginap homestay sahaja.


Kadar sewa bagi homestay dua bilik kami ialah RM250.00 semalam, dan ia adalah tetap sepanjang tahun. Wassap atau telefon saya sekarang untuk menempah: 0174977811 (Azmi)