![]() |
Penginapan yang bersih, selesa dan nyaman
untuk muslim di Cameron Highlands. |
Assalamualaikum tuan & puan yang dirahmati Allah. Saya Azmi, seorang anak kelahiran Cameron Highlands. Insha Allah, saya ingin memperkenalkan homestay kami kepada tuan & puan yang mungkin pada ketika ini sedang merancang percutian bersama keluarga tersayang di Cameron Highlands.
LOKASI KAMI
FAUZIZ HOMESTAY terletak di Kg. Taman Sedia, iaitu satu-satunya perkampungan Melayu di sini. Kampung ini terletak di tengah-tengah kawasan lawatan di daerah pelancongan ini.
Bersempadan di Utara kampung kami ialah sebuah padang golf. Di sebelah Timur dan Selatannya pula ialah sebuah kawasan hutan simpan yang luas.
![]() |
Di sebelah Barat kampung ini ialah jalan raya utama yang menghubungkan Tanah Rata dan Brinchang, dua bandar utama di tanah tinggi ini. |
![]() |
Homestay kami terletak di atas bukit di Kg Taman Sedia Cameron Highlands. Ada jalan masuk terus dari jalan besar. |
>>>>Terus Lihat Homestay. Tuan klik saja 👆 di sini >>>> |
Homestay kami terletak berhampiran jalan raya utama di sini.
Ini gambar Simpang masuk ke Homestay ikhsan Google Maps Street View. ![]() |
Lokasinya di tepi jalan raya utama. 1.5km dari Tanah Rata dan 3.5km dari Brinchang. |
APA YANG KAMI TAWARKAN?
Kami menyediakan penginapan homestay dan juga chalet yang bersih, selesa dan nyaman khusus untuk keluarga muslim yang datang bermusafir ke sini. Homestay kami terletak di atas bukit, jadi pemandangan di sini sememangnya cantik dan suasananya persekitarannya sangat nyaman.
Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar-gambar yang diambil di sekitar homestay kami. Enjoi!
Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar-gambar yang diambil di sekitar homestay kami. Enjoi!
![]() |
Pemandangan kawasan homestay kami dari premis jiran.
Di belakang sana ialah hutan simpan dan kelihatan juga Gunung Berembun
|
![]() | ||||||||||
Fauziz Homestay terletak di tengah, Fauziz Chalet di kiri dan Aszi Chalet di kanan sekali. Ruang parkir adalah terhad kepada penyewa Homestay dan chalet kami.
Telefon, SMS atau Wassap je saya.
di 0174977811(Azmi) jika ada sebarang pertanyaan.
Sila lawat dan like FB page kami:
|