 |
Penginapan yang bersih, selesa dan nyaman
untuk muslim di Cameron Highlands.
|
Assalamualaikum tuan & puan yang dirahmati Allah. Saya Azmi, seorang anak kelahiran Cameron Highlands. Insha Allah, saya ingin memperkenalkan homestay kami kepada tuan & puan yang mungkin pada ketika ini sedang merancang percutian bersama keluarga tersayang di Cameron Highlands.
LOKASI KAMI
FAUZIZ HOMESTAY terletak di Kg. Taman Sedia, iaitu satu-satunya perkampungan Melayu di sini. Kampung ini terletak di tengah-tengah kawasan lawatan di daerah pelancongan ini.
Bersempadan di Utara kampung kami ialah sebuah padang golf. Di sebelah Timur dan Selatannya pula ialah sebuah kawasan hutan simpan yang luas.
 |
Di sebelah Barat kampung ini ialah jalan raya utama yang menghubungkan Tanah Rata dan Brinchang, dua bandar utama di tanah tinggi ini. |
 |
Homestay kami terletak di atas bukit di Kg Taman Sedia Cameron Highlands. Ada jalan masuk terus dari jalan besar. |
Homestay kami terletak berhampiran jalan raya utama di sini.
Ini gambar Simpang masuk ke Homestay
ikhsan Google Maps Street View.
 |
Lokasinya di tepi jalan raya utama.
1.5km dari Tanah Rata dan 3.5km dari Brinchang. |
APA YANG KAMI TAWARKAN?
Kami menyediakan penginapan homestay dan juga chalet yang bersih, selesa dan nyaman khusus untuk keluarga muslim yang datang bermusafir ke sini. Homestay kami terletak di atas bukit, jadi pemandangan di sini sememangnya cantik dan suasananya persekitarannya sangat nyaman.
Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar-gambar yang diambil di sekitar homestay kami. Enjoi!
 |
Pemandangan kawasan homestay kami dari premis jiran.
Di belakang sana ialah hutan simpan dan kelihatan juga Gunung Berembun
|
 |
Fauziz Homestay terletak di tengah, Fauziz Chalet di kiri dan Aszi Chalet di kanan sekali. Ruang parkir adalah terhad kepada penyewa Homestay dan chalet kami.
 |
Pemandangan Kg. Taman Sedia, yang indah, dari Homestay. Kelihatan Gunung Brinchang dan Gunung Irau di belakang sana. |
 |
Terdapat banyak kebun strawberi 🍓 di bawah bukit. Turun tangga, boleh ronda-ronda cari makan. |
Bunga Brugmansia atau Angel's Trumpet sedang berkembang bila tiba musimnya.
 |
Bunga kuchai bila closeup, cantik, nampak macam tulip lah pulak....Tanpa bunga, bukan Cameron Highlnds lah namanya.
|
Bunga Lady shoe atau Thunbergia ini tumbuh
subur jadi hiasan di homestay kami.
Bunga Agaphantus (Blue African Lily) sedang
berkembang di Fauziz Homestay bila tiba musimnya.
Masha Allah. Keindahan alam ciptaan ilahi.
Jambu Strawberi pun ada di sini.
Tanah lapang di bahagian bawah homestay kami ditanam dengan pokok pokok pisang khaki (persimmons)
ADA APA DI KAMPUNG TAMAN SEDIA?

|
Kampung ini bukan saja terletak di tengah-tengah kawasan lawatan di Cameron Highlands ini, ia juga mempunyai daya tarikan pelancongan nya sendiri. Di kampung ini terdapat banyak kebun sayur & strawberi. KHM, YZ AGRO, Al Mahshoor, Abang 🍓, Opah dan Rose Chalet adalah di antara kebun strawberi 🍓 yang selalu jadi tumpuan pelancong.
Tuan boleh menikmati scones dengan 'strawberry jam. Sedap! Ice cream di sini pun enak. Semuanya 'homemade' dan diperbuat dari Strawberi segar, terus dari ladang.
Ada juga jem, jus, acar, sambal dan pelbagai hasilan strawberi untuk dibawa pulang.
Terdapat beberapa restoran dan kiosk makanan. Sebelah pagi ada menu istimewa -- nasi lemak sambal strawberi di samping menu enak lain di Restoran Abang Stawberi.
Pada sebelah malam pula anda boleh nikmati hidangan steamboat & grill yang enak di Restoran De Bamboo milik seorang anak kelahiran kampung ini.
|
Telefon, SMS atau Wassap je saya.
di 0174977811(Azmi) jika ada sebarang pertanyaan.
Sila lawat dan like FB page kami:
|